Tuesday 19 February 2013

Laporan Ringkas Matapelajaran



Laporan ringkas (log) bagi setiap matapelajaran yang terlibat dalam program bridging PPS sesi 1 Tahap 11

MODUL DAN PENCERAMAH

SUBJEK              : KIMIA
PENCERAMAH : 

http://staff.utm.my/portalv3/portal/abd.rahim
Profesor Dr. Abd. Rahim Yacob

SINOPSIS :           Kursus ini adalah gabungan mata pelajaran kimia utama iaitu asas kimia inorganic, asas kimia fizik, asas kimia analisis dan asas kimia organik. Asas kimia inorganic dan analisis merangkumi tajuk-tajuk iaitu struktur atom, siri spectrum, teori  atom Bohr, formula molekul, konsep mold an kepekatan larutan, jadual berkala, ikatan kimia dan stoikiometri. Manakala asas kimia fizik pula merangkumi tajuk keadaan gas, hukum-hukum gas, gas sahih, teori kinetik gas, keadaan cecair, sifat cecair dan keadaan pepejal.       Asas kimia organic pula meliputi pengenalan asas sebatian organik, ikatan, formula struktur dan keinsomeran.


SUBJEK              : BIOLOGI
PENCERAMAH :
Dr. Alina Wagiran
     Dr. Alina Wagiran  

SINOPSIS :           Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan calon kepada pengetahuan biologi asas. Pemahaman prinsip biologi asas ini akan memaksimumkan penghayatan khususnya dalam mengendalikan kelas amali. Tajuk-tajuk yang dibincangkan adalah seperti sel sebagai asas kehidupan, fotosintesis dan respirasi, pengkhususan dan perkembangan sel, genetic perwarisan dan molecular, juga genetic populasi.




SUBJEK            : FIZIK

PENCERAMAH:
Prof. Madya Dr. Karim Deraman

SINOPSIS:            Kursus ini memperkenalkan konsep asas fizik berkaitan kuantiti fizik iaitu kuantiti asas, kuantiti terbitan, symbol dan unit SI. Pengukuran asas seperti pengukuran kuantiti asas, kejituan, kepekaan, kepersisan, sisihan relative dan ralat juga diperkenalkan. Di samping menjelaskan berkaitan keadaan jirim iaitu pepejal, cecair, gas dan proses perubahan fasa jirim serta konsep tenaga iaitu merujuk kepada tenaga kinetic, tenaga keupayaan dan sumber-sumber tenaga.


SUBJEK             : GEOLOGI
PENCERAMAH:
Prof. Madya Dr. Radzuan Junin

SINOPSIS:            Kursus ini memperkenalkan konsep batuan, mineral dan fosil, pembentukan tiga  jenis batuan utama iaitu batuan igneus, batuan metaformik dan batuan endapan serta pengkelasan, pengenalpastian dan pengurusan inventori batuan. Di samping itu, kursus ini juga memperkenalkan kaedah analisis peta geologi, skala waktu geologi, topografi dan teknik menyediakan keratin nipis, gilapan mineral bijih dan arang batu.


SUBJEK             : TEKNOLOGI MAKLUMAT
PENCERAMAH:
Prof. Madya Dr. Mohd Shahrizal Sunar
P.M. Dr. Mohd Shahrizal Sunar

SINOPSIS:            Kursus ini memperkenalkan aplikasi Microsoft Offica seperti words, excel dan powerpoint di samping menyentuh tentang etika penggunaan email dan internet serta kaedah mengatasi ancaman virus dan pencerobohan. Melalui aplikasi Microsoft Office, penggunaan asas seperti membuka dan mencipta dokumen, menyimpan dokumen, setting halaman, pengendalian dan menformat teks dan paragraph, pengendalian grafik, merangka dan mengendalikan jadual serta menyediakan persembahan dokumen tersebut melalui slaid akan dibincangkan di dalam kursus ini. Selain daripada itu, pencarian maklumat melalui search engine, komunikasi melalui blog dan forum, chat seperti skype dan yahoo messenger, social networking seperti facebook dan twitter dan email seperti gmail dan Hotmail juga akan diketengahkan melalui kursus ini. Sebagai pengguna ICT, kursus ini juga akan menekan isu-isu pemilikan dan hakcipta perisian, keselamatan melalui ancaman virus, worm dan Trojan horse, salahlaku dan penggodaman rangkaian internet dan komputer.

No comments:

Post a Comment