Tuesday 19 February 2013

Teknologi Cloud Computing






Cloud Computing membawa maksud 'komputer awan' atau juga lebih dikenali sebagai 'pengkomputeran awam'. Perkhidmatan ini terbahagi kepada 3:
1.  Infrastruktur as a servis (IaaS)
     Menyediakan perkhidmatan virtal server instance (API) untuk akses/configurasi virtual server dan storage masing-masing. Pada masa ini, setiap syarikat yang melanggan hanya perlu membayar apa yang mereka guna sahaja.
2.  Platform as a service (PaaS)
     Boleh didefinasikan sebagai satu alat pembangunan perisian yang dihoskan oleh mana-mana pembekal infrastruktur. Pembangunan aplikasi ini dilakukan melalui internet. Contohnya seperti Goggle Apps, Force.com dan Salesforce.com.
3.  Software as a service (SaaS)
     Saas merupakan pasaran yang sangat luas di mana pihak vendor akan membekalkan hardware 
infrastruktur, produk perisian dan akan berhubung dengan pengguna melalui Front-End- Portal. 
Contohnya seperti Web based email, inventory control dan database processing.


Terdapat 2+1 jenis awan (cloud):
Public Cloud
Dijual kepada sesiapa melalui internet. Pada masa ini, Amazon Web Services adalah pembekal public cloud terbesar di dunia.
Private Cloud
Merupakan satu rangkaian data center yang membekalkan perkhidmatan kepada beberapa orang dalam kuantiti yang terhad.
Virtual Private Cloud
Merupakan public cloud yang diwujudkan untuk kegunaan peribadi.


Kelebihan Cloud Computing

- Dapat berkongsi data-data yang dibenarkan sahaja dengan pengguna lain.
- Mengurangkan beban membawa peralatan seperti External hardisk atau pendrive.
- Memudahkan akses perolehan  data di mana sahaja.

Kelemahan Cloud Computing

- Penyimpanan data masih tidak selamat (boleh digodam oleh pengguna lain hackers).
- Tidak boleh memperolehi data jika tidak mempunyai talian internet.
- Saiz penyimpanan data agak terhad (perlu bayar untuk saiz penyimpanan yang lebih besar)


No comments:

Post a Comment